IKRAR PUTERI

Kami Puteri UMNO berikrar:
Kamilah Puteri Pejuang
Besatu berpadu menempuh halangan
Puteri prihatin harapan bangsa
Berjuang mempertahan pertiwi merdeka

Kamilah Puteri Tiang Negara
Pemangkin aspirasi wanita muda
Tanpa diskriminasi antara kita
Niat kian ikhlas pengukuh jiwa

Kamilah Puteri Pewaris Bangsa
Pemelihara agama juga budaya
Berilmu, beramanah, telus dan setia
Bertanggungjawab berhati mulia

Kami memohon pada Yang Satu
Agar perjuangan mendapat restu
Ayuhlah mara Puteri UMNO ku
Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju



LAGU PUTERI

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia

Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati

Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa

Demi agama, bangsa dan negara

PUTERI UMNO terus mara

Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa

Hingga ke titisan darah yang terakhir

Rela berjuang demi maruah bangsa

PUTERI UMNO akan tetap setia

PUTERI UMNO akan terus mara

Lagu dan Lirik : Edry/Yusry/Norman (KRU)


LAGU PUTERI - PUTERI UMNO

VISI

Memastikan setiap wanita Melayu muda berumur 18 – 35 tahun menyertai Puteri UMNO dan mempertingkatkan jati diri mereka demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

MANIFESTO

* Puteri UMNO sebagai landasan untuk wanita Melayu muda untuk melibatkan diri secara aktif di dalam politik.
* Puteri UMNO bertindak untuk mencungkil, memupuk dan menyerlahkan identity wanita Melayu muda tanpa diskriminasi.
* Puteri UMNO sebagai identiti generasi wanita Melayu muda yang cemerlang
* Puteri UMNO sebagai gelanggang untuk mencungkil dan menggilap potensi kepimpinan wanita Melayu muda
* Untuk menerapkan nilai-nilai positif sejagat dan meningkatkan kebolehan, keyakinan dan jati diri seseorang wanita
* Bertindak sebagai ‘check and balance’ / pemantau di dalam UMNO dan masyarakat
* Berperanan untuk membantu UMNO di dalam semua pilihanraya dan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia.


Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.

Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh YAB Datul Seri Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Pada 20 hingga 23 Jun 2001 adalah julung kali Perhimpunan Agung UMNO menerima ‘tetamu baru’ apabila 25 pemimpin Puteri menyertai perhimpunan tersebut. Biarpun bertaraf pemerhati, delegasi Puteri yang menyertai perhimpunan itu mendapat perhatian banyak pihak terutamanya media dan pemimpin tertinggi parti. Paling membanggakan apabila Ketua Puteri , Azalina Othman Said berucap pada hari kedua perhimpunan tersebut iaitu 22 jun 2001. Dengan suara lantang penuh sopan, beliau menyuarakan segala cita-cita Puteri dan arah tuju Puteri dalam usaha berjuang bersama pemimpin lain. Beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan Puteri adalah selari dengan sayap UMNO yang lain cuma pendekatan yang sedikit berbeza dilakukan bagi disesuaikan dengan sasaran. Perhimpunan ini juga adalah kesempatan kepada pemimpin Puteri untuk beramah mesra dan mengenali sekian ramai ahli UMNO yang menyertai perhimpunan tersebut sama ada sebagai perwakilan atau pemerhati. Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini dua pemimpin Puteri telah ditemuramah oleh RTM dan disiarkan secara langsung oleh RTM. Ketua Penerangan Puteri, Mastina Abdul Hamid diundang bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bersama Exco Pergerakan Wanita UMNO Dr. Noraesah Mohamad dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Adham Baba. Manakala, Exco Perhubungan Media, Siti Rohayah Attan juga ditemuramah secara langsung oleh RTM bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Azimi Daim bagi membincangkan soal globalisasi.

CARTA ORGANISASI
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Pengerusi Tetap
Suziyanti bt Omar

Timbalan Pengerusi Tetap
Roslina bt Ramli

Ketua Puteri Bahagian
Tanti Yusnita bt Mahmud

Naib Ketua Puteri
Yusniza bt Mohd Noor @ Abdullah

Setiausaha
Nor Hartini Bt Che Halim

Bendahari
Suziyanti bt Omar

Ketua Penerangan
Norhafiza bt Azif


Biro & Ahli Jawatankuasa

Biro Politik ~ Tanti Yusnita bt Mahmud
Biro Keahlian ~ Yusniza bt Mohd Noor @ Abdullah
Biro Latihan & Kursus ~ Siti Mazlawati bt Mohd Noor
Biro IT ~ Azlina bt Aziz
Biro Sukan & Rekreasi ~ Roslina bt Ramli
Biro Agama & Kebajikan ~ Zailiawati bt Zainon
Biro Ekonomi ~ Nor Haslinda bt Hussain
Biro Pendidikan ~ Nor Wahida bt Mohd Safuan

Fadzilah bt Mohd Noor @ Abdullah
Arni Afariza bt Arifin
Noor Aini bt Hussain
Siti Zaharah bt Zakaria
Mazura bt Mansor
Zarita bt Othman
Noor Hayati bt Soid
Nor Hayati bt Ramli
Azura bt Ishak
Jasmin bt Mat Ani
Nor Hanim bt Salim
Nor Adilla bt Abdul Halim
Noor Azila bt Salim
testing...